Ogo 19, 2019

Penganjuran acara perdagangan antarabangsa terbesar edisi keenam di Sepanyol berlangsung, pada 23 Jun 2018 di mana broker, barisan pakar, dan trader akan berkumpul di Madrid untuk acara Forex Day, yang dikuasakan oleh FX. Tempat adalah terhad pada tahun ini memandangkan permintaan yang tinggi dari peserta yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik utama yang akan diterangkan, selain peluang untuk mempelajari tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan FX, bersama pakar-pakar yang sering muncul dalam saluran rangkaian seperti CNBC, Bloomberg, dan BBC.

Penampilan terkini ATFX dalam Sidang Kemuncak Kewangan London tahun lalu, kempen media di London, dan sesi media bersama the Times, menjadi permulaan yang baik untuk pembrokeran kewangan maju pada tahun 2018 selepas penyertaannya dalam acara Forex Day.

Ini merupakan penyertaan pertama ATFX dalam acara di zon Euro tahun ini, dan pasukan profesional syarikat berada di gerai untuk berinteraksi dan membina rangkaian kerjasama dengan profesional pasaran dan trader yang berminat. Dengan sejumlah besar produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan – ia ditujukan khas untuk profesional dan trader dalam usaha mencari peluang perdagangan dan mendapatkan trader baru. Selain itu, ATFX berbangga dengan sikap profesionalisme kakitangannya, yang meluangkan masa bersama profesional dengan bertemu, berinteraksi, dan bertukar idea dan prospek perniagaan.

ATFX telah menjemput seorang pakar untuk berucap dalam seminar tersebut iaitu, En. Ben Robson, pengarang Currency Kings. Beliau mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam pasaran kewangan dalam bidang mata wang pendapatan tetap dan komoditi. Semasa seminar “Dagang untuk mendapatkan petunjuk praktikal bagi meningkatkan prestasi dagangan” sebelum ini, beliau telah bercakap mengenai asas-asas pengetahuan perdagangan dan memberikan pandangan berguna mengenai trend dan instrumen pasaran perdagangan global. Beliau seterusnya membincangkan strategi kepelbagaian pasaran perdagangan dan memberi tips untuk trader merancang portfolio perdagangan mereka.

Peserta seminar mendapat maklumat tentang pasaran forex, yang disambut baik oleh trader runcit baru dan veteran yang menghadiri seminar.

ATFX telah menarik perhatian media, dan dalam temubual terkini Endrit, Pengurus Jualan Kanan, menjelaskan langkah terbaru syarikat. Ketika ditanya mengenai perniagaan ATFX di Eropah dan kelebihan bekerja dengannya, Endrit mengatakan bahawa masa depan kelihatan cerah. “Prospek perniagaan Eropah tetap optimis,” katanya menjelaskan, “dan dengan persekitaran dagangan yang terjamin dengan persaingan yang kompetitif, kami berharap ia akan terus kekal.” Beliau juga memberi pengenalan kepada jenama ATFX dan perkhidmatan terbaik yang diberikan. Tambahan pula, penceramah, En. Ben Robson berkongsi pengetahuan mengenai pasaran dagangan forex dan mengemas kini maklumat pasaran kewangan terkini semasa sesi temubual.

En. Oliver Velez dan En. David Aranzabal telah melawat gerai ATFX untuk bertemu dengan pasukan pada acara Forex Day. Antara topik yang dibincangkan antaranya trend pasaran forex di Eropah dan pembangunan masa depan ATFX. Tahap penglibatan begitu tinggi sepanjang acara ini dengan para pelabur forex, IB dan pemain pasaran lain menunjukkan minat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh ATFX.

ATFX akan terus menghadiri acara seperti Forex Day sebagai peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan pakar-pakar dan trader dari pelbagai FX dan latar belakang kewangan dan interaksi dengan mereka adalah sesuatu yang dinantikan oleh syarikat perkhidmatan kewangan, dengan perbincangan mengenai analisis teknikal dan asas, pembuat pasaran, dan strategi perdagangan dalam semua bahagian yang menjadikan industri ini menarik.

Semua dagangan melibatkan risiko, kerugian boleh melebihi deposit anda

Perundangan: AT Global Markets (UK) Limited diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Kawalan Kewangan (FCA) di United Kingdom. Nombor pendaftaran FCA (760555). Pejabat Berdaftar: 1st Floor, 32 Cornhill, London EC3V 3SG, United Kingdom. No. Syarikat 09827091

Read More

ATFX Dianugerahkan Broker CFD Forex Terbaik di UK Forex Awards 2018
ATFX MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TRADERS FAIR & MALAM GALA DI THAILAND
ATFX Menaja Sidang Kemuncak Kewangan London 2017
ATFX Menaja Pertandingan Kelayakan Duke of Edinburgh Cup, pada 30 Ogos
ATFX MENINGKATKAN PERTUMBUHAN DENGAN PELANCARAN PEJABAT BARU DI THAILAND
ATFX Membuat Debut yang Berjaya di iFinexpo Thailand