• Buka Akaun Live
  • Buka Akaun Demo
  • Portal Pelanggan
  • Bahasa Melayu
    • Bahasa Indonesia
    • Tiếng Việt
    • اردو
    • العربية
    • ไทย
    • 繁體中文
    • 한국어
    • English
ATFX ATFX
  • Mengenai Kami
        • Mengenai Kami
          • Mengapa ATFX
          • Anugerah & Pengiktirafan
          • Penaja
          • Sokongan pengguna
          • Deposit & Pengeluaran
          • Undang-undang
          • Berita Syarikat
          • Notis
  • Perdagangan
        • Perdagangan
          • Forex
          • Logam berharga
          • Minyak mentah
          • Indeks
          • Bitcoin CFDs
          • Ethereum CFDs
          • Litecoin CFDs
          • Ripple CFDs
          • Saham CFDs
        • Platform Perdagangan
          • MT4 Desktop
          • MT4 MOBILE UNTUK iPHONE
          • MT4 MOBILE UNTUK ANDROID
          • MT4 Online WebTrader
        • FAQ
          • Soalan Lazim Dagangan
          • Soalan Lazim MT4
          • Spesifikasi Produk
          • Pengetahuan Asas Forex
          • Soalan Lazim Deposit & Pengeluaran
          • Tindakan Saham CFD korporat & pelarasan harga akan datang
  • Maklumat Pasaran
        • Maklumat Pasaran
          • Trading Central
          • KALENDAR EKONOMI
          • Tinjauan Suku Tahunan Pasaran
          • Pusat Pendidikan Forex
          • WebTV
  • Perkongsian IB
  • Promosi
        • Promosi
          • IB Top Tier Rebate
  • Hubungi Kami

ATFX Menaja Duke of Edinburgh Cup

ATFX dengan bangga mengumumkan penajaan Duke of Edinburgh Cup, Acara Kelayakan UK 2019 dan kami komited untuk terus menyokong badan amal yang ditubuhkan ini. Syarikat kami mengutamakan tanggungjawab sosial dan kami menyokong usaha seperti ini.

MENGAPA ATFX MENJADI PENAUNG DUKE OF EDINBURGH CUP

Berasal dari UK

Duke of Edinburgh Cup adalah kejohanan sukan yang berasal dari UK dan telah berkembang ke pelbagai wilayah di seluruh dunia. ATFX adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh FCA yang berpangkalan di UK dan syarikat juga berkembang ke kawasan lain, menjadikan perkongsian dengan DoE begitu erat.

Gerakan Amal Global

ATFX telah berkembang menjadi komuniti di seluruh dunia yang secara aktif membantu dan menyokong golongan yang memerlukan. Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan DoE cup atas dedikasinya untuk membantu golongan muda di seluruh dunia. Kami fikir adalah penting untuk membantu dan membimbing generasi akan datang, jadi ini sangat sesuai dengan falsafah ATFX.

Penamaan Acara Sukan

Duke of Edinburgh Cup adalah berdasarkan pada 18 tahun penubuhan jenama dan kini akan mengadakan lawatan pertama ke Walton Heath Golf Club untuk acara kelayakan South England.

MENGENAI DUKE OF EDINBURGH CUP

Keluarga diraja British mempunyai pelbagai komitmen terhadap masyarakat dan perkhidmatan kebajikan. Putera Mahkota Philip, Duke of Edinburgh, telah menubuhkan dan menaja pelbagai projek amal yang telah memberi impak luar biasa kepada pertubuhan amal dan kebajikan masyarakat di UK, dan juga di seluruh dunia.

Sejak 2001, kejohanan akhir dunia telah dianjurkan di London, Ratu Mahkota telah memberi kebenaran untuk penggunaan acara itu dan untuk membenarkan penggunaan State Rooms di Windsor Castle untuk majlis malam penerimaan hadiah tahunan.

Sepanjang 18 tahun yang lalu, kejohanan tahunan golf amatur antarabangsa telah diadakan di lebih dari 20 negara meliputi Eropah, Asia, Oceania, dan Amerika Utara dan Selatan. Pada tahun 2019, sembilan acara kelayakan telah disahkan untuk dimainkan di 8 negara antara April dan Ogos 2019. Tahun lalu China telah ditambah ke senarai menjadikannya stesen keenam untuk amal tersebut. Kejohanan ini terbuka kepada pemain lelaki dan wanita dan bilangan pemain yang disepakati dengan skor Stableford yang terbaik di atas 18 lubang akan melayakkan diri ke Final Dunia. Pertandingan akhir dunia akan berlangsung dari akhir September hingga awal Oktober di Windsor.

  • Duke of Edinburgh Group
  • Duke of Edinburgh

Siri golf amatur antarabangsa Duke of Edinburgh Cup telah ditubuhkan untuk memberi manfaat kepada golongan muda dan kanak-kanak yang memerlukan pada skala global. Selain DoE Cup terdapat juga Duke of Edinburgh International Award yang diiktiraf oleh HRH The Duke of Edinburgh KG, KT pada tahun 1956. Ini adalah bersempena dengan Kurt Hagn, pendidik warga Jerman. Anugerah Duke of Edinburgh International adalah program yang terdiri daripada tiga peringkat progresif, yang mana jika berjaya menyelesaikan maka peserta akan menerima Anugerah pingat Duke of Edinburgh Gangsa, Perak, atau Emas.

Program ini begitu dihargai kerana ia memberi peluang kepada jutaan peringkat umur dari 14 hingga 24 tahun mendorong mereka menjadi yang terbaik secara sukarela, atau bukan-kompetitif. Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi harapan dalam membantu golongan muda mengatasi kesukaran dan halangan dengan matlamat untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Anugerah ini memberi peserta keyakinan untuk melakukan perkara-perkara yang mereka tidak mendapat akses. Dalam tempoh sebelas (11) tahun lepas, projek tersebut telah mengumpul dan menyalurkan lebih dari $5,000,000 (lebih kurang £4,000,000) kepada badan amal di lebih 15 negara.

SEJARAH

TAHUN

MERENTASI

BENUA

NEGARA

KEJOHANAN

BERLANGSUNG

PERATURAN PIALA DUNIA DoE FINAL

Kejohanan akhir akan terdiri daripada tiga pertandingan berasingan yang dijalankan serentak:

  • The Duke of Edinbugh Cup – untuk kelayakan nasional
  • The Invatational Trophy – untuk tetamu dan penyokong
  • The Paris Trophy – untuk semua peserta

Kejohanan ini akan menggunakan kaedah pemarkahan Stableford. Para pemain dengan dua skor agregat bersih Stableford teratas lebih daripada 36 lubang dalam “The Duke of Edinburgh Cup” akan menjadi pemenang & juara. Pemain yang mempunyai skor agregat teratas dalam dua acara serentak yang lain akan menjadi pemenang.

Untuk memenangi piala, peserta mesti mengemukakan sijil handikap kebangsaan semasa atau bukti elektronik semasa pada permulaan World Finals.

Terikat: Ini akan ditentukan dengan menghitung skor pusingan kedua. Sekiranya skor adalah sama maka terikat di atas menggunakan pusingan kedua. Sekiranya skor masih sama maka skor pusingan pertama, dengan menggunakan format yang sama akan diambil kira. Sekiranya masih sama maka akan berlaku permainan kalah-mati secara tiba-tiba.

Semua keputusan mengenai peraturan sepanjang siri ini akan diputuskan oleh IGFY dan keputusan penganjur kejohanan yang relevan adalah muktamad.

  • 2019 Acara Kelayakan UK
  • 2018 Acara Kelayakan China
  • 2019 Acara Kelayakan UK
  • 2018 Acara Kelayakan China

AGENDA 2019 DoE CUP WORLD FINALS

TarikhItem
29 September, 2019Ketibaan - The Castle Hotel, Windsor
Petang: Majlis makan malam di Wentworth Golf Club
30 September, 2019Pusingan Pertama World Finals di Bearwood Lakes Golf Club diikuti dengan makan tengah hari
1 Oktober, 2019Pusingan ke-2 World Finals di West Hill Golf Club diikuti dengan makan tengahari
2 Oktober, 2019Tiada acara
3 Oktober, 2019Pagi: Pertandingan di Royal Household Golf Club di gelanggang Windsor Castle
Petang: Penerimaan Royal Champagne dan Majlis Malam Penerimaan Hadiah di State Apartments of Windsor Castle

BUTIRAN MENGENAI DOE CUP 2019 - ACARA KELAYAKAN UK

Tarikh: 5 Julai, 2019

Masa: 08:00 a.m.

Tempat:Walton Heath Golf Club, Walton on the Hill, Tadworth, Surrey, KT20 7TP, United Kingdom

Mengenai tempat:Walton Heath Golf Club ditubuhkan pada tahun 1903. Kapten pertama Walton, HRH Prince of Wales, tidak dilantik sehingga 1935. King Edward VIII menjadi Kapten pada tahun berikutnya. Pemain profesional pertama kelab, James Braid, memenangi lima Kejuaran Terbuka dan menjuarai selama empat puluh lima tahun. Walton Heath meganjurkan Kejuaran Terbuka Eropah pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan, Ryder Cup pada tahun 1981, British Ladies Amateur pada tahun 2000, dan Terbuka Senior pada tahun 2011. Winston Churchill sering bermain di Walton Heath.

Sorotan Acara

Sebagai penaja bagi acara The Duke of Edinburgh Cup UK 2019, ATFX menyokong sepenuhnya kejohanan golf dan Acara Kelayakan UK yang diadakan pada 5 Julai, 2019. Sila lihat sorotan dari acara di bawah.

AGENDA 2018 DoE CUP WORLD FINALS

TarikhItem
30 September, 2018Ketibaan - The Castle Hotel, Windsor
Petang: Majlis makan malam di The Beaumont Estate Hotel
1 Oktober, 2018Pusingan Pertama World Finals di Bearwood Lakes Golf Club diikuti dengan makan tengah hari
2 Oktober, 2018Pusingan Kedua World Finals di Camberley Heath Golf Club diikuti dengan makan tengahari
3 Oktober, 2018Tiada acara
4 Oktober, 2018Pagi: Pertandingan di The Royal Household Golf Club di gelanggang Windsor Castle
5 Oktober, 2018Petang: Penerimaan Royal Champagne dan Majlis Malam Penerimaan Hadiah di State Apartments of Windsor Castle

Butiran DOE Cup 2018 - Acara Kelayakan China

Tarikh:30 Ogos, 2018 (Khamis)

Masa:10:00 – 19:30

Tempat:Lan Hai International Golf Club, Shanghai

Mengenai tempat: Lan Hai International Golf Club, yang terletak di pantai timur Pulau Chongming, merupakan padang golf pertama di Asia yang direka oleh pasukan bapa dan anak lelaki Jack “Golden Bear” Nicklaus dan Jack Nicklaus, Jr. pantai dan dataran pulau primitif memberikan padang golf tersebut pemandangan latar belakang semulajadi yang indah.

Hari Acara: 30 Ogos, 2018

  • 10:00dotMenyambut Pemain
  • 10:30dotPercubaan Memandu / Percubaan Jenama / Pemanasan Badan
  • 11:30dotMakan tengah hari
  • 12:10dotUpacara Penutupan
  • 12:30dotKejohanan
  • 17:00dotPertukaran Pemain / Menunjukkan Keputusan
  • 18:00dotMajlis Penyampaian Anugerah

Sorotan Acara

Sebagai penaja acara The Duke of Edinburgh Cup China Event 2018, ATFX menyokong sepenuhnya kejohanan golf dan acara yang berlangsung di China pada 30 Ogos. Sila lihat sorotan dari acara di bawah.

© ATFX Semua hak cipta terpelihara.

  • Notis privasi
  • Dasar Cookie
  • Terma dan Syarat
  • Ikut kami

Kami komited untuk memenuhi keperluan perdagangan forex dan CFD anda

Modal anda berisiko. Anda mungkin kerugian lebih dari yang anda laburkan. Dasar Polisi

Bermula

Wang demo $ 100,000 percuma

CUBA AKAUN DEMO

Mulakan dagangan langsung forex

BUKA AKAUN LIVE

ATFX adalah jenama bersama yang dikongsi oleh entiti kumpulan termasuk:

AT Global Markets LLC yang merupakan Syarikat Liabiliti Terhad di Saint Vincent and the Grenadines dengan nombor syarikat 333 LLC 2020. Pejabat Berdaftar: 1st Floor, First St. Vincent Bank Bldg, James Street, Kingstown, St. Vincent and the Grenadines.

AT Global Markets (UK) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA) di United Kingdom dengan nombor pendaftaran 760555. Pejabat Berdaftar: 1st Floor, 32 Cornhill, London EC3V 3SG, United Kingdom.

ATFX Global Markets (CY) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC) di bawah lesen no. 285/15. Pejabat Berdaftar: 159 Leontiou A' Street, Maryvonne Building Office 204, 3022, Limassol, Cyprus.

AT Global Markets Intl Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dengan lesen Nombor C118023331. Pejabat Berdaftar: Suite 207, 2nd Floor, The Catalyst, Silicon Avenue, 40 Cybercity, 72201 Ebène, Republic of Mauritius.

AMARAN PELABURAN BERISIKO TINGGI: APertukaran Dagangan Asing (Forex) dan Kontrak Perbezaan (CFD) sangat spekulatif, berisiko tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda boleh mengekalkan kerugian sebahagian atau semua modal pelaburan anda, oleh itu, anda tidak seharusnya berspekulasi dengan modal yang anda tidak mampu leburkan. Anda harus sedar tentang semua risiko berkaitan dengan dagangan pada margin Sila baca Dasar Pendedahan Risiko lengkap.

Kawasan Terhad: AT Global Markets LLC tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk negara tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kanada (Wilayah British Columbia, Quebec, dan Saskatchewan), Jepun, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Iran dan Amerika Syarikat Amerika (AS). Atau mana-mana individu di mana-mana negara atau bidang kuasa yang mana pengedaran atau penggunaan tersebut bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.